Monday 16 April 2012

Latar Belakang

Assalamualaikum,

          Terima kasih kerana mengujungi laman web ni. Jikalau ada kekurangan,, comment la... kemungkinan boleh ana memperbaikikan. Dan kami minta maaf atas kekurangan kandungan dalam blog ini.. Disini juga saya ingin mencerita kan serba sedikit latar belakang pertubuhan pasukan wanita ini dan pengusahaan yang kami lakukan ini...

          Pada tahun 2006, kami telah menubuhkan sepasukan wanita, seramai 20 orang. Dari situ juga, kami telah melantik pengerusi, iaitu Puan Hajah Rusikin bt. Taimon. Dan kami telah melantik pegawai pemasaran, ajk-ajk, bendahari, dan lain-lain lagi. Selepas itu, kami bercadang ingin membuat perusahaan yang boleh mendatangkan kewangan. Dari situlah, kami ingin membuat berbagai kuih-muih... Dan kami hanya mampu membuat kuih tiram, mee kuning, snek-snek, sejuk beku dan kerepek kacang peas.... Dan pada tahun 2010, Alhamdulillah perusahaan telah mendatangkan kewangan, bak kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dari situlah,  kami berusaha untuk mendatangkan lebih banyak kewangan. Dari itu, kami masih mencari tempat untuk mengedarkan perusahaan makanan kami, sampai sekarang kami hanya hantar pada kedai-kedai runcit, pasar-pasar, dan lain-lain lagi.. Dan sampai sekarang perusahaan kami bertambah maju. Kami hanya melakukan proses ini di bengkel yang berdekatan dengan balai raya, kuala pilah. Dan harapan kami ingin memajukan perusahaan ini dan kami ingin memajukan tempat kami memproseskan makanan-makanan tersebut, dan ia bukan setakat bengkel, tapi ia akan menjadi sebuah tempat orang ramai akan kunjungi.

         

Saturday 14 April 2012

Resepi kerepek kacang peas

Bahan:
  • Kacang peas
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Tepung kacang peas

Cara-cara:

  1. Kisar kacang peas sehingga hancur
  2. Selepas itu, letakkan kacang peas tersebut ke dalam satu basin
  3. Campurkan sedikit garam dan gula
  4. Kemudian, kacau sehingga rata
  5. Panas kan minyak
  6. Masukkan kacang peas tersebut ke dlm acuan
  7. Dan goreng kan ia sehingga rangup


    Selamat mencuba..... =)

Thursday 12 April 2012

resepi kuih tiram:-

  • bahan: tepung, telur, gula, tepung penaik dan sedikit garam
  • cara:
      • campurkan tepung + telur + tepung penaik + garam
      • adun semua bahan dalam mixer
      • uli tepung dan jadikannya leper
      • ratakan permukaan tepung dengan penggelek doh
      • gulung tepung menjadi gulungan tepung
      • potong mnenjadi gulungan kecil dan leperkannya
      • goreng dalam minyak yang panas
      • setelah garing, toskan
      • tabur gula diatasnya



produk yang dihasilkan:-
  • kuih bahulu,
  • sejuk beku,
  • mee kuning,
  • makanan ringan dan snek.
persatuan aktif yang dianggotai oleh penduduk Kg.Sg Dua Besar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. persatuan yang terdiri daripada lebih kurang 20 orang wanita.
organisasi yang meliputi pengerusi, ahli jawatankuasa, pegawai pemasaran, juru kira dan bendahari merupakan jawatan terpenting dalam menggerakkan persatuan ini.

Saturday 7 April 2012